*"Tiada nas atau dalil yang sahih mengenai membuat bubur asyura pada hariasyura. Walau bagaimanapun ulama ada berpendapat tentang amalan pada hari`asyura (10 muharram) antaranya ialah:i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim)Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain."
Masak Bubur Asyura
Pemeriksaan Kesihatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan