Rabu, 29 Julai 2015

JAMUAN HARI RAYA

Surau Assyakirin dengan kerjasama JKKK dan KRT Taman Bersatu telah mengadakan JAMUAN MESRA ADIL FITRI pada 25 julai 2015 diperkarangan surau assyakirin mulai draipada 9.00mlm - 11.00malam. Kehadiran tetamu sangatlah memuaskan terdiri daripada penduduk Taman Bersatu berbilang kaum dan tetamu jemputan. Makanan disediakan oleh penduduk taman, antara menunya ialah:- Lemang, Ketupat, Bihun Sup, Lotong, Kow Teow Goreng, Laksa, Nasi Himpit, Rojak Buah, Kacang Kuda, Ais Kerim dan Rendang Daging


Isnin, 20 Julai 2015

SEKITAR RAMADHAN DAN SYAWAL 1436/2015

Surau Assyakirin Taman Bersatu telah adakan beberapa program sempena dengan bulan Ramadhan 1436 bersama dengan 2015 baru-baru ini.
1. Sembahyang terawih yang diimamkan oleh dua orang al-hafiz daripada Pusat Tahfiz Al-Munawwar, Taman Teratai, Pulai.
2. Majlis tadarus al-quran oleh kaum ibu taman
3. Sumbangan sagu hati dan zakat kepada iman tahfiz
4. Majlis berbuka puasa dengan al hafiz ,ajk surau dan ajk JKKK.
5. Sembahyang sunat hari raya diimam oleh Ustaz Hassan Basri dan kutbah dibaca  ustaz Ismail Zoawe Pengerusi Surau merangkap Pengerusi JKKK.


 Majlis berbuka puasa


Sembahyang Raya





Rabu, 4 Mac 2015

CERAMAH AGAMA MAULIDUR RASUL

Surau Assyakirin Taman Bersatu telah anjurkan program ceramah agama sempena Maulidur Rasul S.A.W 1436/2015 pada 30hb. Januari 2015 bersamaan dengan 09 Rabiul Akhir 1436 (jumaat). Penceramah Tuan Sheikh Hj. Yusuf b. Hj. Ahmad penceramah radio Malaysia Kedah FM.
Pada malam itu juga diadakan kenduri aqiqah untuk semua hadirin.









Ahad, 9 November 2014

PROGRAM ASYURA

Program masak bubur asyura sempena bulan muharram* dan pemeriksaan kesihatan anjuran ajk surau assyakirin dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Baling telah diadakan pada 8.11.2014, program berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasam semua pihak. Terima kasih kepada semua penduduk Taman Bersatu... jumpa lagi tahun hadapan.

*"Tiada nas atau dalil yang sahih mengenai membuat bubur asyura pada hariasyura. Walau bagaimanapun ulama ada berpendapat tentang amalan pada hari`asyura (10 muharram) antaranya ialah:i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim)Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain."

 Masak Bubur Asyura





Pemeriksaan Kesihatan




Isnin, 6 Oktober 2014

QURBAN

AJK Surau Assyakirin Taman Bersatu Baling telah anjurkan program ibadah qurban sempena dengan hari raya adiladha pada 6.10.2014 dengan kerja sama JKKK. Dua ekor lembu telah diqurbankan.
AJK surau ucapkan terima kasih kepada semua penduduk taman yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsong atau pun tidak langsong , insyaallah tahun hadapan jumpa lagi.






Pembahagian Daging Korban

Daging, hati, jantung, limpa, tulang dan lain-lainnya hendaklah dibahagi adil sesama peserta atas lembu korban tersebut kecuali kaki dan kepala lembu tersebut. Tidak boleh dibahagikan dagingnya sahaja sebelum semua atas bahagian lembu itu kecuali semua orang mendapatkan haknya setelah seekor lembu itu diuruskan. Menyalahi sunnah dan agama jika agihan itu sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi kepada peserta ibadah korban. Dengan ertikata lain difahami bahawa tidak boleh dicampur-campur daging lembu A dan lembu B.

Pengagih daging korban perlu memastikan bahawa hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7  kerana kaki cuma ada 4 kaki.

Adalah diingatkan bahawa tiap-tiap orang yang melaksanakan ibadah korban sunat makan daging korbannya sendiri. Dia juga berhak memberi agihan kepada sesiapa yang diingininya termasuk fakir miskin. Orang yang melaksanakan ibadah korban itu lebih berhak ke atas daging korban tersebut dan dia boleh menyimpannya jika dia mahu dari bahagian 1/3 daripada daging korban tersebut. Ini adalah pendapat Ibn Mas'ud dan Ibn Umar mengenai hal pembahagian daging korban ini.

Namun bagi orang yang melaksanakan ibadah korban itu faham bahawa adalah afdhal jika disedekah atau dihadiahkan semuanya daging korban tersebut melainkan dimakannya sedikit kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada mementingkan diri sendiri. Jika orang itu memakan kesemua daging korban dan digantikan dengan daging lain untuk diagihkan , korbannya tetap sah tetapi menyalahi afdal sahaja.

Berbeza Dengan Daging Akikah

Daging korban afdal diagihkan dalam keadaan mentah berbanding dengan akikah yang sunat dimasakkan. Dan daging akikah hendaklah dihabiskan dan tidak disimpan bahkan tidak ada pembahagian kepada fakir miskin dan seumpamanya. Ini amat berbeza dengan daging korban yang sunat di bahagi 3 iaitu kepada diri sendiri, fakir miskin dan sebahagian lagi diberi hadiah kepada orang yang memerlukannya termasuk mereka yang kaya dan yang turut melakukan ibadah korban.

Semoga memberi manfaat atas penjernihan ini. Sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari sifat lemah dan jahil tapi kita mesti terus belajar kerana agama bukan hak kita untuk kita tafsir sendiri. Agama itu datang dengan hukum-hakam dan syariatnya sekali. Pemahaman kita yang jelas kepada agama akan mengangkat martabat diri dan membangunkan syiat Islam itu sendiri sebagai agama yang adil dan berhikmah untuk semua.

Wallahu A'lam!!!


Selasa, 9 September 2014

CERAMAH AGAMA

Surau Assyakirin Taman Bersatu telah adakan program ceramah agama sempenan sambutan Ramadhan Al Mubarrak 1435H  dengan kerjasama Komuniti 1 Malaysia Kg. Pokok Sena pada 24.6.2014. Pemceramah jemputan ialah Ust. Sahahul Hamid (naib juara program pencetus umah) berasal daripada Pulau Pinang.
       Majlis ini diserikan lagi dengan kumpulan nasyid Al-Nor yang terdiri daripada kanak-kanak Taman Bersatu. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsong atau pun tidak langsong bagi menjayakan program ini.

Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Surau
Juruacara majlis
Kumpulana nasyid Al-Nor
Antara tetamu yang hadir
Ust. Sahahul Hamid sedang memberi ceramah






MESYUARAT AGUNG

Akhirnya berjaya juga Surau Assyakirin Taman Bersatu adakan mesyuarat agung kali kelima. kali terakhir mesyuarat agung diadakan pada tahun 2009. Mesyuarat kali ini diadakan:-
  •         Tarikh:   12hb. jun 2014
  •         Hari :      Khamis
  •         Masa:     9.00mlm
  •         Tempat : Surau Assyakirin, Taman Bersatu
    Mesyuarat berjalan dengan lancar. AJK baru dan lama surau assyakirin bagi sesi 2014/2018 seramai 16 orang , setiausaha dan timbalan pengerusi lantikan baru,Pengerusi dan Bendahari kekal orang lama. Diharapkan dengan pelantikan baru ini surau assyakirin dapat mengadakan bayak lagi program2 surau dengan jaya.


    Ucapan Aluan Pengerusi Surau
    Ust. Ismail
    Pengerusi Mesyuarat
    En. Suhaimi b. Sulong


    Antara ahli mesyuarat