Isnin, 6 Oktober 2014

QURBAN

AJK Surau Assyakirin Taman Bersatu Baling telah anjurkan program ibadah qurban sempena dengan hari raya adiladha pada 6.10.2014 dengan kerja sama JKKK. Dua ekor lembu telah diqurbankan.
AJK surau ucapkan terima kasih kepada semua penduduk taman yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsong atau pun tidak langsong , insyaallah tahun hadapan jumpa lagi.






Pembahagian Daging Korban

Daging, hati, jantung, limpa, tulang dan lain-lainnya hendaklah dibahagi adil sesama peserta atas lembu korban tersebut kecuali kaki dan kepala lembu tersebut. Tidak boleh dibahagikan dagingnya sahaja sebelum semua atas bahagian lembu itu kecuali semua orang mendapatkan haknya setelah seekor lembu itu diuruskan. Menyalahi sunnah dan agama jika agihan itu sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi kepada peserta ibadah korban. Dengan ertikata lain difahami bahawa tidak boleh dicampur-campur daging lembu A dan lembu B.

Pengagih daging korban perlu memastikan bahawa hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7  kerana kaki cuma ada 4 kaki.

Adalah diingatkan bahawa tiap-tiap orang yang melaksanakan ibadah korban sunat makan daging korbannya sendiri. Dia juga berhak memberi agihan kepada sesiapa yang diingininya termasuk fakir miskin. Orang yang melaksanakan ibadah korban itu lebih berhak ke atas daging korban tersebut dan dia boleh menyimpannya jika dia mahu dari bahagian 1/3 daripada daging korban tersebut. Ini adalah pendapat Ibn Mas'ud dan Ibn Umar mengenai hal pembahagian daging korban ini.

Namun bagi orang yang melaksanakan ibadah korban itu faham bahawa adalah afdhal jika disedekah atau dihadiahkan semuanya daging korban tersebut melainkan dimakannya sedikit kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada mementingkan diri sendiri. Jika orang itu memakan kesemua daging korban dan digantikan dengan daging lain untuk diagihkan , korbannya tetap sah tetapi menyalahi afdal sahaja.

Berbeza Dengan Daging Akikah

Daging korban afdal diagihkan dalam keadaan mentah berbanding dengan akikah yang sunat dimasakkan. Dan daging akikah hendaklah dihabiskan dan tidak disimpan bahkan tidak ada pembahagian kepada fakir miskin dan seumpamanya. Ini amat berbeza dengan daging korban yang sunat di bahagi 3 iaitu kepada diri sendiri, fakir miskin dan sebahagian lagi diberi hadiah kepada orang yang memerlukannya termasuk mereka yang kaya dan yang turut melakukan ibadah korban.

Semoga memberi manfaat atas penjernihan ini. Sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari sifat lemah dan jahil tapi kita mesti terus belajar kerana agama bukan hak kita untuk kita tafsir sendiri. Agama itu datang dengan hukum-hakam dan syariatnya sekali. Pemahaman kita yang jelas kepada agama akan mengangkat martabat diri dan membangunkan syiat Islam itu sendiri sebagai agama yang adil dan berhikmah untuk semua.

Wallahu A'lam!!!